Thursday, January 13, 2011

TAMBUN.

Daerah Tambun di Perak yang sinonim sebagai pusat pengeluaran buah limau bali pastinya menjadi tumpuan penggemar buah yang mempunyai kombinasi masam, manis dan pahit itu.
Melihat deretan kedai menjual buah limau bali yang datangnya dalam pelbagai saiz membuatkan ramai yang tidak sabar menikmatinya.
“Rahsia memilih buah yang manis ialah dengan merasa bahagian kulitnya. Sekiranya ia licin, itu tandanya isinya berwarna merah dan manis rasanya,” ujar Eling, 20, yang menjual buah itu di Pekan Tambun.
Ada kira-kira 20 buah kedai limau Bali dalam susunan sederet di sini. Limau bali Tambun juga mudah ditemui di kawasan rehat dan rawat (R&R) Tapah, Lebuhraya Utara-Selatan.
 Keluarga Eling sudah 30 tahun menjual buah itu. Menurut beliau, cara terbaik untuk menikmati buah daripada famili Rutaceae ini adalah dengan mengopek kulitnya.
“Kalau membelahnya menggunakan pisau, isi buah tersebut pasti pahit,” katanya mengakui limau bali Tambun adalah antara buah jenis itu yang terbaik yang terdapat di pasaran.
Tidak sekadar didapati di pusat penjualan yang terletak di Jalan Ampang-Tambun, limau bali juga boleh dibeli terus di kebun-kebun yang diusahakan oleh penduduk tempatan.
Di sini, pengunjung boleh memilih buah terus daripada pokok. Harganya bergantung kepada gred yang telah ditetapkan.
“Gred buah limau bermula daripada 3A, 2A, B, C, D dan E. Gred 3A adalah paling baik, saiznya besar manakala isinya cukup manis,” jelas Eling.
Buah ini mampu bertahan sehingga tiga minggu setelah dipetik daripada tangkainya pokok.
Malah jangan terkejut andainya anda disajikan dengan limau bali yang dimasak sebagai sambal kerana ia adalah antara hidangan unik penduduk di sini.
Harganya? “Bergantung kepada musim, kualiti dan saiz buah tersebut. Ada antaranya yang boleh mencecah RM12 sebiji dan semurah RM10 bagi tiga biji,” kata Eling.
KOSMO 13 Januari 2011

LIMAU BALI @ LIMAU TAMBUN



Tambun memang terkenal dengan Limau Bali @ Limau Tambun. Kalau datang ke Ipoh tidak sah kalau tidak membeli limau bali sebagai ole-ole untuk dibawa pulang. Gerai-gerai Limau tambun boleh didapati di Pekan Tambun sendiri; Jalan Ampang - Tambun dan pihak Majlis Bandaraya Ipoh telah membina Hentian Limau Tambun di Jalan Raja Dr. Nazrin Shah utnuk memudahkan pelancong mendapatkan Limau Tambun.

LOST WORLD TAMBUN


IPOH

Datapkan perkhidmatan daripada kami :